Kencing manis di klasifikasikan kepada 3:
A) Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I).
Diabetes jenis pertama yang juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM), di mana hormon insulin tidak dihasilkan dengan secukupnya ataupun tiada langsung.Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mengalami simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja lagi. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.
B) Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis II)
Diabetes jenis kedua pula disebabkan hormon insulin tidak berfungsi dengan berkesan (NIDDM). Pesakit biasanya memerlukan ubat-ubatan dan melakukan pengubahsuaian gaya hidup.
C) Diabetes jenis ketiga berlaku pada sesetengah kes kehamilan tetapi ia akan hilang dengan sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Luka dikalangan pesakit Diabetes menggambarkan satu kecederaan yang serius dan kritikal serta mendatangkan komplikasi yang memudaratkan.
Antaranya seperti infeksi, nekrosis, septisemia, kehilangan anggota dan lain – lain lagi.
Keadaaan luka ini menjadi lebih teruk sekiranya daya pertahanan badan menjadi lemah akibat kekurangan darah dan zat makanan.
Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada terhalangnya proses sembuhan.
Faktor – faktor tersebut merangkumi pelbagai perkara seperti umur, pemakanan, pengetahuan, amalan cara hidup sihat, adat dan budaya (pantang larang) sikap, pekerjaan dan taraf hidup seseorang pesakit.
PERBEZAAN ANTARA DIABETES JENIS I DAN II
Diabetes Jenis I (IDDM)
-jarang berlaku tetapi keadaannya lebih teruk
-terjadi di kalangan mereka yang lebih muda antara umur 10 hingga 16 tahun
-terjadi begitu cepat (pengeluaran insulin dari pankreas dimusnahkan).
-tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
-tidak dikaitkan oleh kegemukan atau obesiti.
-pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala amaran yang serius.
-rawatan pemakanan dan suntikan insulin
Diabetes Jenis II (NIDDM)
-biasa berlaku
-terjadi di kalangan mereka yang lebih dewasa yang berumur 35 tahun ke atas
-mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetis
-terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi menyebabkan paras glukosa darah meningkat).
-kejadian kegemukan sangat tinggi
-merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi.
-Rawatan pemakanan dan ubat makan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu).
Berminat mencuba Shaklee untuk penyakit diabetes yang SEMAKIN MEMBIMBANGKAN?
Cik Mas sedia membantu!
Ni no telefon Cik Mas ya : 0123885484
Jangan segan-segan cari Cik Mas melalui what'sapp/telegram/ dan di FB personal Cik Mas.
No comments:
Post a Comment