Sunday, October 19, 2014

JOM TUKAR UJRAH PTPTN

Cik Mas terbaca UTUSAN MALAYSIA di rumah mertua Cik Mas, 
dalam akhbar sisipan Gerbang Akademik...mata Cik Mas terpandang tajuk JOM TUKAR UJRAH.
Baru Cik Mas teringat yang Cik Mas belum lagi tukarkan Kos PTPTN ke Ujrah (dari 3%  atau 5 % kepada 1%). Cik Mas ingatkan tawaran tu dah berakhir. Rupanya pihak PTPTN kembali mempromosikan Pertukaran Ujrah bermula dari 1 Oktober 2014 hingga Disember 2014.
Selari dengan tema promosi nya 'Lebih Cepat, Lebih Jimat, Lebih Untung' , PTPTN telah melakukan perubahan dan penambahbaikan dengan memperkenalkan kaedah pertukaran sepantas 1 JAM. 

Bagus bukan?

Kata mereka lagi, semua peminjam layak menukar kepada UJRAH termasuk mereka yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan. Dengan menukar kepada Ujrah , peminjam dapat menikmati kos penjimatan sehingga 49% mengikut jumlah pembayaran dan tempoh bayaran balik.

Permohonan pertukaran UJRAH boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu di Kaunter atau Secara Online.
BOLEH KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS


Apa tunggu lagi? Jom dapatkan penjimatan hebat dengan menukar ke Ujrah!





Berminat nak cuba supplement Shaklee?
Cik Mas sedia membantu!
Ni no telefon Cik Mas ya : 0123885484
Jangan segan-segan cari Cik Mas melalui what'sapp/telegram/ dan di FB personal Cik Mas.


Promosi Bulan ini sahaja!

2 comments:

  1. Kita x der hutang ptptn ni.
    Dulu2 x der pun benda2 gini.
    Hihihihi,,,,

    ReplyDelete
  2. untungnya...saya ni plan nak habiskan je..sesak nafas tengok tak habis2. hehe

    ReplyDelete