Tuesday, October 28, 2014

NUGGET DAN SOSEJ - KANDUNGANNYA DARI BAHAN TERBUANG!



Nuget dan sosej hari ini seolah-olah sudah menjadi makanan wajib bagi kanak-kanak. Jika tiada di dalam peti sejuk di rumah, ia boleh didapati di pasar-pasar malam yang dicucukkan ke lidi seperti satay kemudian digoreng menghasilkan warna keemasan. Tetapi tahukah anda kebanyakan pengusaha produk-produk sejuk beku ini yang berlambak di pasaran menggunakan helah dan penipuan yang sejak dahulu lagi sehingga orang ramai sering percaya selama ini apa yang mereka lihat di label bungkusan adalah sama dengan apa yang mereka makan. Sebenarnya tidak semestinya. Yang paling ramai menjadi mangsa selama ini adalah kanak-kanak kerana ayam dan kanak-kanak hari ini begitu sinonim. Saya tidak pernah lagi membeli produk sejuk-beku sebegini dan saya sendiri sudah begitu lama meninggalkan makanan sebegini.

Puncanya sejak saya menyedari semua sosej di pasaran  mengandungi bahan kimia sodium nitrite yang boleh mendatangkan kanser. Kemudian terbayang di fikiran ,bagaimana pemprosesan daging ayam antibiotik yang membesar secara tidak normal - dihancurkan di dalam mesin industri yang bercampur dengan berbilion jenis bakteria yang ikut serta menjadi bahan 'penambah perisa' lalu ditambah pula dengan warna-warna segar supaya ia nampak seperti baru disembelih. Kemudian diikuti dengan penipuan yang paling berkesan sekali iaitu pada perkataan-perkataan menggoda bakal pembeli pada bungkusannya yang dihias cantik dan kemas nampak seolah-olah datang dari kilang yang mempunyai sijil ISO. Percayalah, mereka yang bekerja di kilang-kilang memproses daging ini tentu tidak lalu makan kerana mereka lebih tahu. Marilah kita semua sama-sama memboikot produk-produk jijik ini dan jangan beri sokongan kepada pengusaha yang hanya mementingkan keuntungan saja tanpa mempedulikan kesihatan pengguna.


Sejak membaca artikel di dalam majalah Al-Islam keluaran bulan Ramadhan/Syawal beberapa hari yang lalu, ia tambah meyakinkan dakwaan saya selama ini dan azam saya kali ini untuk menganggap ia 'bukan lagi sejenis makanan.' Berikut artikel menarik yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.  Ia wawancara ringkas dengan seorang pengusaha ternakan ayam organik yang tidak menggunakan kaedah suntikan antibiotik.


Di Amerika dan Eropah, ada pengawalan. Yang tidak ada ialah di Malaysia. Apabila disebut nuget, sosej, burger, maka pengusaha akan masukkan sekali sisa ayam iaitu tulang, kulit, tongkeng dan lemak semasa memprosesnya. Sisa ayam itulah yang dicampurkan dengan hanya 20 peratus daging ayam dan yang selebihnya tepung serta bahan perasa. Daging ayam hanya sebagai mengambil rasa ayam saja.

Di Amerika dan Eropah, perkara itu memang dilarang sama sekali seperti yang ditetapkan oleh MRM (mechanically recovered meat) dan MDM (mechanically deboned meat). Di negara tersebut ditetapkan bahawa bahan lain atau sisa ayam hanya 20 peratus saja dari daging ayam. Malaysia tidak ada kawalan seperti itu. Maka pengusaha makanan mencampurkan semua sisa-sisa ayam seperti kulit, lemak, bontot untuk menghasilkan nuget dan sosej. Mencampurkan semua bahan ini membawa kesan yang buruk kepada kesihatan.

"Jika mengikut hukum, yang memudaratkan diri adalah haram. Kemudian saya tanya, makanan yang sudah terbukti dengan kajian sains memudaratkan diri dan ada kesan sampingan bagaimana? Jika makanan segera seperti nuget, sosej, daging burger sebanyak 75 peratus darinya keseluruhan campurannya adalah bahan buangan dari ayam seperti kulit, tongkeng, lemak dan perasa serta tepung manakala dagingnya hanya sedikit saja, bagaimana pula?

"Cuba ambil contoh sosej di pasaraya harganya tidak sampai RM2. Sedangkan saya terpaksa menjual sosej dengan harga RM9 tanpa campuran sisa ayam. Bandingkan harganya, bolehkah harga RM2 itu menampung kos pembungkusan. penyelenggaraan dan keuntungan yang diambil oleh pasaraya. Sebenarnya apa kandungan yang terdapat di dalam sosej itu sedangkan isi ayam import dari Thailand dan China pun sudah mencecah RM7 sekilo. Kalau benarlah sosej itu memang mengandungi daging yang betul=betul daging ayam, bolehkah mendapat keuntungan dengan menjual dengan harga semurah itu?

"Yang menjadi persoalannya apa ada di dalam sosej itu? Apa yang boleh saya rumuskan yang terdapat di dalam makanan itu hanyalah sisa-sisa bunagan ayam, perasa, pewarna dan bahan=bahan lain. Ia adalah sosej berperisa ayam bukannya sosej ayam, apabila dimakan ia akan mendatangkan kesan sampingan. Memang benar ia menepati piawaian yang ditetapkan jumlahnya tapi jika sepanjang hari kita makan makanan yang mengandungi perasa sebenarnya kita sudah terlebih tahap pengambilan yang dibenarkan. Ia akan mendatangkan mudarat dan menyumbang pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pnggang," beliau mempersoalkan.


petikan dari http://thesecretmedicines.blogspot.com/


1 comment: