Sunday, October 19, 2014

PUDING ROTI KESUKAAN MAK

Puding roti ihsan dari mr google

Terliur tak tengok gambar puding roti dengan sos kastad tu? Hmm, Cik Mas dan terasa-rasa dah kat dalam mulut ni..padahal semalam baru je buat untuk celebrate birthday anak buah, Aliyah yang ke 13.  Masa potong-potong untuk tetamu, Cik Mas asingkan untuk wanita-wanita yang sedang sibuk di dapur..Yang paling terkesan di hati tengok Mak Cik Mas makan bersungguh-sungguh.

Cik Mas : mak suka ke puding roti tu? beria tengok mak makan.
Mak : eh, ni memang kesukaan mak ni. Kalau pegi makan kat hotel, ni yang mak makan dulu!

Oh, Cik Mas baru tau puding roti ni kesukaan mak Cik Mas,
Lepas ni boleh la buatkan lagi.
Sayu pulak hati ni. Mak tak pernah bagitau dia suka apa.
Bila dia makan baru kita tau rupanya dia suka.

Anda tau mak anda suka makan apa?



--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni resepi Puding Roti versi Cik Mas
(kukus boleh, bakar boleh)

8 keping roti, disapu butter dan diracik-racik atau dipotong 4 bahagian.
Masukkan ke dalam loyang sederhana (bekas tahan panas pun boleh kalau nak kukus)

Bancuh : susu cair 1 tin, telur 3biji, esen vanilla 1 sudu kecil, gula 5 sudu besar.

Kacau sehingga sebati, siramkan ke dalam loyang yang ada roti tadi.

Taburkan dengan kismis atau buah ceri.

Kukus selama 40minit.

Kalau bakar, bakar pd suhu 180 darjah selama 40minit juga.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk Sos Kastad nya pula:

1 tin susu cair, 
setengah cawan susu segar atau air masak.
1 biji telur
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam



kacaukan dulu tanpa api supaya tak berketul-ketul.

kemudian panas kan atas api.
Kacau sentiasa sehingga pekat.
(jangan tinggalkan ya! nanti hangit)

siap!
mudahkan? 

jom buat.
kalau ada roti yang hampir-hampir expired tu, boleh juga buat.
confirm habis licin!

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Berminat nak cuba supplement Shaklee?
Cik Mas sedia membantu!
Ni no telefon Cik Mas ya : 0123885484
Jangan segan-segan cari Cik Mas melalui what'sapp/telegram/ dan di FB personal Cik Mas.


Promosi Bulan ini sahaja!








5 comments:

  1. Sedapnye tengok.terliur neh.hehehehw

    ReplyDelete
  2. Wawa bru je buat puding roti.. ")

    Wawa buat simple je..

    ReplyDelete
  3. Memang sedap dan lembutkan puding roti ni..
    Lagi dipasangkan dgn sos kastad yang lemak2 berkrim :)

    Dah buat smlm pun rasa nak makan lg...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak penah buat pon.wuaa..kena try ni heheheee

      Delete
    2. kategori wajib cuba ni :)

      dah buat nanti, tak dapat kirimkan sepotong, kirimkan gambar kat sini pun jadi ler..hehe

      Delete