Sunday, May 10, 2015

TIPS KURUS : SENAMAN SESUAI KETIKA SAKIT


Sakit bukan alasan untuk tidak bersenam. Sekiranya anda memang jenis kaki senam, pastinya tak betah duduk diam saja meskipun ketika sakit. Betul tak? Jangan risau, ada senaman yang sesuai untuk anda.

Bagi anda yang mengalami sakit-sakit ringan seperti selsema, batuk-batuk mahupun sakit tekak, Anda masih boleh mengamalkan "low-intensity workout". Dengan kata lain, "low-intensity workout" ialah senaman yang tidak berat seperti angkat berat dan senam robik yang memberi kesan buruk kepada sistem imunisasi badan atau sistem pernafasan badan. 
Jenis-jenis senaman "low-intensity workout" ialah seperti berjalan, tai-chi, yoga dan juga senaman air. 

Bagaimana jika anda Sakit Belakang?

Senaman yang boleh dilakukan mestilah senaman yang tidak memberikan impak hentakan pada tulang belakang. Dengan ini, senaman kardiovaskular amatlah dilarang sama sekali bagi mereka yang mempunyai masalah tulang belakang. Senaman yang boleh diamalkan mestilah berimpak rendah dan yang boleh melindungi daripada sakit belakang berlarutan. Antara jenis senamannya ialah berjalan, berenang, dan juga "planking". Berjalan merupakan jenis senaman yang ringan jika dibandingkan dengan berlari ataupun berjogging dan berenang merupakan jenis senaman yang boleh melindungi tulang belakang sekaligus membetulkan struktur tulang belakang. Bagi senaman "planking" pula ialah dengan meratakan badan di atas lantai seperti posisi tekan tubi tetapi secara statik. Senaman ini menguatkan otot yang menyokong tulang belakang sekaligus meredakan sakit itu. Namun begitu, posisi yang dilakukan hendaklah dengan betul-betul mendatar di atas lantai dan melakukan cara pernafasan yang betul.

TIPS BERSENAM KETIKA SAKIT

Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas.

  • Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit.
  • Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30mini

Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:
  • Ketidakselesaan
  • Sakit
  • Pening
Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.

So, lepas ni anda tak perlu risau kalau nak bersenam ketika kurang sihat.
Cepat keluar peluh tu InsyaAllah mudah-mudahan lepas ni sihat dan cergas kembali!

Jika perlukan supplement Shaklee untuk melengkapkan nutrisi pada tubuh anda, Cari saja cikmas ok!

012.388.5484

No comments:

Post a Comment